Ali Rustam dan Mat Taib semakin gabra

20 October, 2008

Oleh alhusseyn

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno setelah mendapat 45 pencalonan.

Walaupun Muhyiddin beroleh pencalonan yang begitu banyak dan kini layak bertanding sebagai Timbalan Presiden Umno , perebutan bagi jawatan tersebut sangat menarik.

Sangat menarik dan patut menjadi tumpuan kerana dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib .

Semua orang tahu yang Ali Rustam tu orang Najib, sementara Mat Taib pula adalah orang Dollah Badawi.Masing-masing mereka mendapat pencalonan 12 dan 8 – sangat jauh ketinggalan berbanding dengan pencalonan yang diperolehi Muhyuddin bagai panggang dengan api!
Mampukah Ali Rustam dan Mat Taib meraih baki pencalonan yang memerlukan sekurang-kurangnya 39 pencalunan sehingga menjelang tamat pemilihan peringkat bahagian parti 9 November ini.
Masa semakin suntuk dan mereka berdua tentunya gabra menantikan belas ehsan perwakilan.Muhyiddin jauh dihadapan seperti arnab yang lincah , sedangkan Ali Rustam dan Mat Taib bagaikan kura-kura dan labi-labi yang semput.
Cuma diharapkan supaya Muhyiddin jangan terlalu yakin dengan keadaannya sekarang sebab kura-kura dan labi-labi ini walaupun kelihatan semput, mereka bukan sembarangan spesis. Mereka mampu membuat kejutan upset sebagaimana seorang bintang ‘Pelakon Phorno’ MCA yang memenangi Timbalan Pengerusi MCA malam tadi.
Ali Rustam merupakan orang Najib.Mulutnya tidak lepas dari menyebut Najib , Najib , Najib sebagai zikir hariannya.”Saya bersama Datuk seri Najib malam tadi….”, “Saya berjumpa dengan Datuk Seri Najib..” adalah ungkapan yang sering keluar daripada mulutnya. Dengan lain bahasanya, Ali Rustam mengusung Najib ke hulu ke hilir untuk kepentingan politik peribadinya.
Sementara Mat Taib pula dilihat sebagai orang kuat Dollah Badawi.Karier politiknya mulai pulih semula sewaktu Dollah menjadi PM dan melantiknya menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau menjadi sangat terkenal di suatu masa dulu kerana tabiatnya suka mengusung duit berjuta-juta dan sesat di Australia kerana tak tahu berbahasa Inggeris , dan kemudian mengusung lari pula puteri Almarhum Sultan Selangor ke Thailand.

Mungkin kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti Mac depan sangat berkesan hingga Mat Taib setakad ini hanya mampu memperoleh lapan undi sahaja.
Mahathir dalam blognya berkata,” Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.”
Hal ini menyebabkan Dollah sangat ‘bengang’ dan marahkan Mahathir Abdullah dilaporkan kecewanya terhadap Muhyiddin kerana tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
Dollah menuduh Muhyiddin sebagai “Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” secara sinis dan nampak benar marahnya terhadap Muhyiddin.

Tetapi Muhyiddin dengan bersahaja berkata : “Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang. Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan,” katanya selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah ”

Antara REPLIKA ANWAR IBRAHIM dan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN…

20 October, 2008
Dilulus terbit pada Monday, October 20 @ 15:00:00 MYT oleh TokBatin

“Dalam borak di TKO di [SINI], ARef berkenen untuk mengeluarkan isu ini di dalam blog Anak Reformasi dan juga inginlah sama-sama Pak Mufti Perlis jenguk2 di blog ini dan juga sesiapa yang selama ini menghentam REPLIKA ANWAR terutamanya Pak Ali Rustam yang begitu Fobia dengan empunya nama Anwar Ibrahim….

jadi aku nak tanya bila patung ni nak diturunkan?

Oklah, buat permulaan nih, aku bebetoilah nak tanya kepada puak2 pencacai UMNO yang banyak menghentam replika anwar nih…Pertamanya Pak Ali Rustam Khan yang sangat fobia…… beritanya ada di [SINI].

Yang keduanya, geng2 Pemuda UMNO Malaysia yang tak habis2 mencacai kononnya tahu sangat hukum hakam Islam nih… tapi… hampeh dengan Patung Gangsa Tunku Abdul Rahman yang didewa-dewakan mereka!!!! boleh juga dilihat di [SINI].

Apa yang lawak tuh, Pemuda Selangor tuh….. Khir Toyo Tempe punya olanglah….Yang ketiganya adalah daripada AnwarIbrahim DotCom yang merupakan kumpulan pencacai UMNO yang menggelarkan diri mereka AIDC yang tak habis2 menabur fitnah…… mereka juga ada mengeluarkan satu kenyataan Anwar yang diterbitkan di dalam Sinar Harian… Boleh dilihat di [SINI].

Hak lain2 tuh, aku tak mahu komen lebih2, cuma, apa yang aku nak letak yang terakhir ialah… Mufti Kontroversi…. Dr. Maza, yang telah menasihatkan agar penyokong Anwar tidak taksub…. boleh juga dilihat di [SINI].-

Hak lain janganlah terasa hati sebab aku tak mahu komen, tapi, hak yang tertera kat atas nihlah, aku nak bagi buku lima skettt…..Oklah…… dengan terbinanya Replika Anwar harituh, rasanya belum sampai sebulan lagi dan telah diturunkan setelah tamat permitnya…… tapi, geng2 UMNO nih memang terlampau fobia dengan gerangan Anwar ini sehinggakan Mufti Perlis pun terfobia jugaks….

Kepada geng2 pencacai, pemimpin khan UMNO semua….. hangpa takkan tak sedar ada satu PATUNG GERGASI TUNKU ABDUL RAHMAN yang diperbuat daripada gangsa tuh??? takkan hangpa buta kut??? bila ada ajer benda yang terkait rapat dengan empunya nama Anwar Ibrahim, hangpa seolah-olah jadi mereng…… sekarang, replika Anwar dah takder….. Jadi, aku nasihatkan korang, runtuhkan, robohkan dan hancurkan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN tuh…. ada berani????

Kepada Mufti Perlis pulak…… aku nak sangat Tuan Mufti membaca blog aku nih, bukannya aku tak setuju dengan cara Tuan Mufti nasihat, tapi, kalau nak nasihat, janganlah bias, janganlah diskriminasi….. PATUNG TUNKU nih memang 3 dimensi dan diperbuat daripada GANGSA…. apa fatwa yang Tuan Mufti boleh buat pulak??? harap sangat Tuan Mufti dapat komen!!!!

Kepada semua pembaca blog ARef, harap sama2 perjuangkan kebenaran apa yang termaktub mengikut acuan Al-Qur’an dan Al-Sunnah….. Kita bawa kes ini ke Dewan Parlimen, harap2 ada jugaklah pak2 Ahli2 Berhormat yang baca blog ARef nih untuk dibawa usul ini ke Dewan Parlimen agar diroboh+diruntuh+dihancurkan segera PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN dan juga PATUNG TUGU PERINGATAN NEGARA!!!!

Harapnya, isu PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN berkumandang setiap hari sampai masa ianya dirobohkan… Takkan hangpa tak ingat kut??? dengan patung SADDAM HUSSEIN dulu, seingat ARef pun diperbuat daripada gangsa jugak…..

Hangpa nih tak sedar2 lagik ke??????Patung Saddaam Hussein tuh dirobohkan oleh USA…… sebab USA tuh, sangat Fobia dengan Saddam Hussein….

Tapi, Geng2 UMNO nih fobia dengan empunya nama ANWAR IBRAHIM…. sangat2 Fobia….. kah3….. bodoh bin bahalol punya UMNO.

Kalau nak bersembang+ bercakap+ keluarkan fatwa berkenaan agama Islam nih, janganlah dipotong mana2 atau bias!!! tapi, kita ikut semua, takder diskriminasi… baru betoi!!!!

Aku harap, perkara ini dimajukan dan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN diruntuh+dirobohkan+dihancurkan agar tidak ada lagi unsur2 khurafat dalam masyarakat Islam kita…. kita ikut acuan Al-Qur’an dan Alsunnah, insyaALLAH tak tersesat kita selama-lamanya!!!!

Harapnya, ianya dilakukan seberapa segera mungkinlah, sebab PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN tuh besar, diperbuat daripada gangsa, 3-dimensi, memang cukup semua sifat pada diri manusia…. jadi, apa tunggu lagi pak Mufti, tolong keluarkan fatwa secepat mungkin!!!! sebab, dah lama dah dibina tuh, tapi, mungkin sebelum nih David Copperfield hilangkan daripada pandangan kita!!! kah3333………. Mohon USUL!!!