Mat Ezam bukan pengkhianat – Hishamuddin Rais

30 May, 2008

Dilulus terbit pada Thursday, May 29 @ 09:22:06 MYT oleh SongkokPutih

Saya cukup hairan  dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara.  Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total   terperanjat  gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat  mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam  le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun  tidak akan mengkhianati garis perjuangan  yang menjadi akidah hidupnya.

uba ingat betul-betul   dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata -  dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul   dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata -  dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata  – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12  adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong  dan sama-sama sebaris  berjuang  dengan  gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas  dan garis politik  Mat Ezam.

ni bukan khianat namanya. Ini garis politik  yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman.  Yang sebahagian lagi  iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut  hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli  dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama  saya baca dengan Mat Ezam semasa  di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah  garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari  dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas?  Ada sesiapa yang masih jurang jelas?  Kalau masih ada yang  tidak faham, maka  mengikut kitab  Al-Fikarabun , kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut  mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan – tidak lama lagi  gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka  semua ini telah sanggup murtad untuk  mengikut Tuan Syeikh baru mereka.  Rakyat  Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan  bercadang untuk meninggalkan  Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa  Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah  sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat  Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang  berura-ura untuk  menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh  Mat Dolah.  Inilah tugas suci  Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula  Mahafiraun  yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit  punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup  cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba  menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat.  Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas  seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah  tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi  kini telah  wujud analisa  politik cekai yang  berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco  Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco  Mat Najib menganggap Mat Ezam  datang kerana arahan bos lamanya untuk  membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci  Mat Ezam.

Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam.  Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam.  Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali  Mat Ezam telah bersedia untuk  menghadiahkan sebuah kotak harta karun  yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung  Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.

Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui  bahawa ketika  Mat Ezam  menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau  dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik.  Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak  yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan   video   rakaman Altantuya yang  sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB.  Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris  wallah hu alam bisawwab – hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan  bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti  menggigil bra  Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play,  ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

Saya paling menyampah melihat sikap  Angkatan Muda Keadilan   yang menjadikan  Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut  Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah  menghina Mat Ezam  sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan.  Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat  sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira  dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.

Ada satu perkara yang  amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya  si  Lokman Adam yang  bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir  berceramah dan buka cerita  tentang strategi perjuangan  Parti Keadilan Rakyat. Ini  modal cari makan Lokman Adam.

Apabila  Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation  ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.

http://aminiskandar.wordpress.com/2008/05/29/mat-ezam-bukan-pengkhianat-hishamuddin-rais/

 

 

 


BILA EZAM MASUK UMNO?

30 May, 2008

Oleh Ketua Perusuh

Tidak cukup dengan kekalutan yang dijanakan oleh Mahathir Mohamad beberapa hari yang lalu, kini beberapa petunjuk nampaknya semakin jelas mengenai aliran politik Ezam Mohd Nor. Satu ketika dahulu Ezam Mohd Nor adalah setiausaha politik Anwar Ibrahim dan masing-masing berada dibawah paksi parti UMNO.

Lompatan pertama Ezam dari UMNO terus kepada KeADILan dan seterusnya kepada PKR. Namun beliau tidak betah didalam PKR kerana beberapa sebab yang hanya beliau dan Allah S.W.T yang tahu. Kini khabarnya Ezam Mohd Nor akan kembali kedalam parti UMNO.

Saya pernah rapat dengan beliau (walaupun tidak sama aliran politik) dan berpeluang beberapa kali bertukar-tukar pandangan dengan beliau. Malah pernah satu ketika didalam sebuah majlis jamuan hari raya Aidilfiri di Shah Alam, saya pernah melontarkan pandangan saya terhadap dirinya.

Saya mengatakan sebegini dikhalayak ramai ketika dimeja jamuan “Ezam, Aku rasa aku tak boleh lah nak percaya dengan apa tindakan engkau. Arah aliran politik engkau pun aku nampak tak konsisten. Banyak sangat yang kecelaruannya.”

Seingat saya merah padam muka Ezam mendengarkan bicara saya seperti itu. Malah IR Khalid Samad dan Dr Wan Azizah agak terkejut dengan kata-kata yang saya lontarkan. Ezam tidak membalas apa-apa jawapan pun ketika itu. Kalau tidak silap saya beliau terus beredar ke meja yang lain.

Saya juga pernah berpeluang berbicara secara peribadi dengan Lokman Nor Adam mengenai isu beliau berbalah dengan Ezam Mohd Nor satu ketika dahulu. Dari situ saya dapat lihat siapa sebenarnya Ezam Mohd Nor. Maka isu Ezam Mohd Nor ingin kembali kepada UMNO tidak mengejutkan saya sama sekali.

Ezam Mohd Nor seperti juga seorang kenalan saya (Roslan Kassim) memang seorang yang pada prinsipnya tidak konsisten dalam perjuangan. Apa yang saya boleh katakan mereka berdua ini hanyalah menanti peluang yang baik dan menguntungkan dari pelbagai segi. Mereka nampaknya lebih mementingkan tembolok dari aspirasi rakyat marhaen.

Kalau itulah jalan yang dipilih oleh Ezam Mohd Nor, maka rasanya itulah penamat bagi Ezam Mohd Nor pergi dalam percaturan politiknya. Beliau pastinya akan terus tenggelam dan tidak akan kemana-mana. Kita boleh tunggu dan lihat. Yang pastinya jika itulah tindakan beliau (masuk UMNO) maka makin ramai yang akan meludah beliau bila ketemu dijalanan.

Apa pun ini hanyalah pandangan saya. Ezam Mohd Nor sendiri berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan saya begitu juga dengan orang lain.

 

 

 

 

 


Ezam dimana janjimu?

30 May, 2008

Dilulus terbit pada Thursday, May 29 @ 14:57:43 MYT oleh reformis

Oleh ning

“assalamualaikum..,

Tercatat satu lagi sejarah. pejuang yang bernama ezam md noor kembali kepangkuan UMNO. sehubungan dengan itu dikhabarkan kepada kita ezam akan mengadakan sidang akhbarnya untuk memberitahu kita tentang bahaya DSAI kepada umat islam. amat menakutkan sekali. sama sama kita tunggu sidang akhbar tersebut. meninjau seketika diblog DSAI,

ada sidikit komen DSAI tentang ezam dimana DSAI mengatakan ezam telah lama meninggalkan keadilan sebelum kongres dan sebelum PRU 12 lagi.jadi menurut DSAI keputusan menyertai UMNO adalah keputusan peribadi ezam.di tv tiga suku malam semalam,azmin ali menyatakan memasuki UMNO dalam keadaan sekarang menimbulkan banyak persoalan.jadi mari kita lihat apakah persoalan yang boleh dikaitkan dengan ezam.

apakah benar ezam tahu bahaya DSAI kepada umat islam?kalau begitu kenapa dia mengambil masa begitu lama untuk mendedahkannya?walhal ini persoalan agama yang tidak boleh dikompromikan.agak aneh kerana baru sekarang,sesudah ezam masuk UMNO baru timbul bahaya DSAI sedangkan ezam telah lama keluar dari PKR.apakah ezam menyedari bahaya DSAI ketika dia meninggalkan PKR?kalau begitu kenapa dia mengambil masa dan kenapa dia memilih UMNO untuk menyatakan bahaya ini? apakah UMNO pilihan yang tepat sedangkan satu demi satu kerosakan agama dilakukan oleh UMNO.tidak munasabah ezam tidak mengetahui penipuan BN/UMNO untuk mengekalkan kuasa.tidak munasabah ezam tidak tahu bagaimana UMNO menunggang SPR untuk menang PRU.dan tidak munasabah Ezam tidak tahu kenapa pembatalan penggunaan dakwat yang melibatkan peguam negara dan ketua polis negara.jadi kenapa ezam menunggu dan memilih UMNO untuk menyatakan bahaya DSAI kepada islam?kenapa ezam tidak pergi kepada TGNA yang pernah disifatkannya sebagai seorang yang paling dihormatinya?apakah layak UMNO dijadikan wadah untuk memperjuangkan islam?itu persoalan yang timbul.

di tv tiga suku juga, dato sri najib menyatakan sebagai bekas ahli keadilan ezam mempunyai maklumat untuk disampakan kepada UMNO.mungkin maklumat yang dimaksudkan itu berkaitan dengan bahaya DSAI kepada umat islam.peliknya dato najib bercakap macamlah dia pembela islam.begitu juga fakta yang disebut oleh azmin ali dan DSAI bahawa ezam bukan ahli PKR lagi  jelas menunjukkan ezam sebenarnya tidak tahu apa apa dengan perkembangan terkini PKR. jadi apakah maklumat yang boleh diberitahu oleh ezam?barangkali selain maklumat bahaya DSAI kepada islam ,maklumat yang ezam ada sudah ketinggalan seperti maklumat di zaman “SUMPAH KERAMAT PEMUDA KEADILAN”.

semasa diinterview oleh tv tiga suku,ezam menyatakan sebab utama dia memilih untuk menyertai semula UMNO ialah kerana dasar dasar UMNO telah berubah dibawah pentadbiran bodolah dan najib.pelik,apakah orang macam ezam tidak tahu menahu apa sebenarnya yang telah dibuat oleh bodolah ?apakah refomasi yang sebenarnya?apakah perubahan yang sebenar?tidak munasabah ezam tidak tahu perebutan kuasa yang sedang berlaku dalam UMNO.tidak munasabah bagi seorang yang berkeliber macam ezam tidak tahu kenapa TDM keluar UMNO .tidak munasabah bagi ezam yang dikatakan ada 6 kotak kes rasuah pemimpin UMNO tidak tahu usaha ku li merampas kuasa dan tidak munasabah bagi ezam tidak mempersoalkan perlantikan menteri dari kalangan mereka yang dipersoalkan kredibilitinya.sedangkan ada ahli parlimen UMNO sendiri mempersoalkannya.jadi dimana perubahan dasar UMNO sebenarnya?sukar mempercayai orang macam ezam yang dilapur mengamalkan bacaan ayat suci alquran setiap pagi tidak kritis dengan perubahan dasar yang disebut itu.apatah lagi semasa interview ezam ada menyebut nama nabi ibrahim yang merupakan utusan ALLAH untuk membuat perubahan.apakah benar ezam menurut jejak nabi ibrahim dalam perjuangan merubah keadaan ini?kalau benar sukar bagi kita menerima keputusan ezam kerana tindak tanduk UMNO yang banyak membelakangi agama malah masih banyak perkara membelakangi agama masih dibuat oleh UMNO.tidak munasabah bagi ezam tidak mengetahui bahawa dalam PRU 11 dan PRU 12 UMNO telah menipu.jadi bagaimana golongan menipu dikatakan berubah?ezam yang membaca quran setiap hari sepatutnya faham bahawa UMNO bukan tempat yang sepatutnya ia berada.apatah lagi berbohong untuk UMNO tidak layak bagi seorang yang setiap hari membaca quran.

Semasa muncul pertama kali sebagai pengerusi gerak dipentas ceramah bersama TGNA dan cikgupa.ezam dengan tegas menyatakan UMNO ialah musuhnya no satu.dalam ceramah itu,ezam turut mengutuk bodollah dan menantunya kJ.ezam juga memberitahu pemergiannya ke pajabat bodollah untuk menyerahkan bukti kes rasuah menteri kanan dan ezam juga berjanji kalau bodollah tidak mengambil apa apa tindakan,beliau akan ke kepala batas dan mengumumkan nama menteri tersebut.itu janji ezam yang tidak tertunai sehingga hari ini.siapa menteri tersebut?apakah dia masih ada dalam UMNO,masih pegang jawatan dalam UMNO?rakyat ingin tahu dan ezam masih berhutang dengan rakyat.ezam mana janjiMU?  mana lebih penting mencari kesalahan DSAI atau mendedahkan kesalahan pemimpin UMNO yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat?sesungguhnya UMNO tidak kelihatan berubah dari dulu,kini dan mungkin selamanya.ezam berbohong kalau dia mengatakan UMNO berubah dengan  pemimpin pemimpin yang sama yang ada diantaranya dilapurkan terlibat dengan arak dan raba meraba.

Sang kelembai yang pernah mempromosikan kerajaan tiga beranak juga dilapurkan kembali kepada UMNO.tetapi kembalinya sang kelambai dengan harga yang agak mahal.RM1 juta dilapurkan terpaksa dibayar oleh UMNO untuk menarik sang kelambai mencium tangan bodollah, jadi apakah harga bagi ezam?apakah memang benar harganya hanyalah prinsip perjuangannya atau ada habuan yang tidak dinyatakan.penglibatan wan farid dalam usaha mengembalikan ezam kepangkuan UMNO mengundang seribu satu soalan.dan gaya hidup ezam yang mewah bukan menjadi rahsia lagi………..”

 


Bercabangkah Lidah Ezam terhadap Pak Lah ??

30 May, 2008

Dilulus terbit pada Thursday, May 29 @ 18:43:50 MYT oleh reformis

Oleh penawarrinduku

Mari sama-sama kita imbas kembali kenyataan Mat Ezam anak Mat Nor pada 31 Jan 2007 dalam kes perlantikkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato’ Seri Zulkipli Mat Nor

Sementara itu, Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.Selindung laporan PM dan anak menantu?”

Gerak dan rakyat berhak mencurigai pelantikan Zulkipli yang dikatakan terbabit dengan beberapa laporan ’skandal’ 10 tahun lalu dan terbaru oleh bekas Pegawai Siasatan Gred 45 BPR, Mohammad Ramli Abdul Manan.Kita bimbang jika lantikan ini dikatakan berdasarkan ’saringan’, bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR boleh dilantik di kalangan mereka yang bermasalah,” katanya lagi.Beliau juga melahirkan rasa curiga samada lantikan ini adalah untuk melindungi kes-kes salah laku pemimpin tinggi negara dan individu berkepentingan dalam negara termasuk anak menantu PM atau sebaliknya.

Baginya, lantikan yang dibuat oleh PM dan bekas PM ini boleh dipertikai malah satu siasatan ke atas tindakan itu boleh dibuat setelah ianya mencurigakan, katanya lagi.Ezam cabar PMSehubungan itu Ezam mencabar PM segera menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes-kes salah laku Zulkipli dan kes-kes yang membabitkan laporan rasuah dan kronisme yang dikendalikan Zulkipli termasuk laporan Gerak terhadap PM, dan bekas PM yang didiamkan BPR.”Jika PM boleh menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, mengapa tidak dalam kes membabitkan kredibiliti BPR yang kini diragui rakyat dan dunia,”katanya.

Selain itu Gerak juga mendesak PM menggantung sementara khidmat Zulkipli berikutan laporan ini kerana kredibiliti dan intergriti Zulkipli boleh dipertikai berdasarkan laporan terhadapnya, katanya.Begitupun beliau melahirkan kebimbangan isu yang dimainkan media-media arus perdana ini hanya sementara sahaja, sebaliknya kes ini akan didiamkan kemudian apabila kemungkinan kredibiliti PM turut terheret dengan laporan ini nanti.

Akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Zulkipli yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.Kes salah laku seksMusa berkata, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi.

Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya.Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan Ezam melalui Gerak dalam satu sidang medianya Isnin lalu di pejabatnya di Kelana Jaya.Ezam memetik satu surat yang dihantar Mohammad Ramli yang merujuk kepada kes salah laku seks dan penyelewengan membabitkan Zulkipli yang diserah kepada PM dan Ketua Polis Negara.Zulkipli bekas Pegawai Tinggi Polis Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya

http.penawarrinduku.blogspot.com