| Apr 26, 08 11:08pm |
|
Tidak perlu memohon maaf isu menjulang dan mencium keris oleh ketua Pemuda Umno, yang dianggap kontroversi dan salah satu punca kekalahan teruk BN, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Niat Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) amat baik iaitu untuk berjuang demi bangsa dan negara dan saya faham ia bukan mahu menakut-nakutkan orang bukan Melayu. “Tetapi pembangkang memutar-belitkan kenyataan itu untuk tujuan tertentu,” katanya di Pagoh, Johor hari ini, mengulas permohonan maaf ketua Pemuda Umno, yang juga ketua Pemuda BN, kepada masyarakat bukan Melayu selepas mesyuarat pergerakan itu semalam. “Pada saya, tak perlu bagi Datuk Hishammuddin meminta maaf.” Sementara itu, lapor Bernama lagi, timbalan presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata permohonan maaf Hishammuddin “tidak akan menjejaskan maruah orang Melayu kerana keris merupakan simbol semata-mata”. Sebaliknya, beliau berkata maruah Melayu hanya akan terus terbela jika mereka berjaya dalam bidang strategik untuk terus bersaing dengan bangsa-bangsa lain. “Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman,” beliau dipetik sebagai berkata di Pekan hari ini. Mengulas kenyataan ketua Pemuda itu semalam, Najib menambah: “Keris ini satu senjata dalam konteks kebudayaan kita (Melayu), tidak lebih daripada itu… tapi ada pihak yang mainkan isu ini. “Jadi langkah yang dibuat Datuk Seri Hishammuddin ini (memohon maaf) saya harap akan diterima sebagai sesuatu yang positif, ikhlas dan mulia, supaya isu ini tidak berbangkit lagi.” |
Muhyiddin: Tidak perlu maaf isu keris
29 April, 2008Isu Babi =Kita lihat siapa yang kena
12 April, 2008Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi dan pencemaran pantai di sana. Kawasan sekitar pendudukan kaum Melayu dan Cina terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama hilang, sudah mula kedengaran kembali. Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.
ISU BABI: KITA LIHAT SIAPA YANG KENA

BUSUK… Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya KLIK
Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu
Yang kelakarnya …… Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.
Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur. Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak. Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar. Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.
Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Pedana.
Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.
Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan. Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya.
Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangannya lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.
UmnoBN Biadap Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
12 April, 2008Saya yang berasal dari Sepang Selangor dan kini menetap di Johor Bahru bersama keluarga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan akhbar perdana semalam dan hari ini terutamanya Utusan Meloya yang mensensasikan kisah kerajaan Selangor yang ingin membangunkan Projek Modern Pig Farming.
Beberapa tahun yang lalu negara kita digemparkan dengan laporan media dan aduan penduduk sekitar Sepang yang marah dengan sikap penternak babi yang membuang sisa ternakan babi kedalam sungai dan cukup sensasi lagi tidak jauh dari sempadan Negeri Sembilan iaitu Bukit Pelandok yang terkenal dengan kisah penyakit wabak wabak Japanese Encephalitis (JE) dan Virus Nipah berpunca daripada kaedah penternakan babi yang kurang menitikberatkan kebersihan dengan najis ternakan dibuang begitu saja ke longkang sehingga mencemari sistem saliran.
“Khir Toyo (kerajaan Selangor dahulu) telah meminjam RM100 juta untuk diberikan kepada unisel tapi unisel hanya dapat RM15 juta. Khir Toyo perlu jawab!
12 April, 2008“
Khir Toyo (kerajaan Selangor dahulu) telah meminjam RM100 juta untuk diberikan kepada unisel tapi unisel hanya dapat RM15 juta. Khir Toyo perlu jawab!
Beberapa minggu selepas pilihanraya umum lalu, PAS dan PKR kawasan Machang, Kelantan telah mengadakan majlis kesyukuran dan ceramah atas kemenangan PAS/PKR. Penceramah pada majlis tersebut antaranya ialah YB Saifuddin Nasution, ahli Parlimen Machang, Kelantan.
Dalam ceramah tersebut, YB Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta dengan Affin Bank. Alasannya ialah untuk diberikan kepada Universiti Perindustrian Selangor iaitu universiti milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi malangnya Khir Toyo menyerahkan hanya RM15 juta sahaja kepada Universiti Industri Selangor. Persolannya, ke manakah perginya RM85 juta lagi? Hanya Khir Toyo sahaja yang tahu.
Mana buktinya? Buktinya ada. Dokumen bank sudah berada di tangan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang.
Menurut YB Saifuddin Nasution, beliau akan mendedahkannya dalam sidang parlimen akan datang.
Persoalannya, ke manakah perginya RM85 juta? Sekiranya saudara mengetahui ke mana perginya duit tersebut, sila dedahkan kepada umum.
“
Posted by rajunatapa
Posted by rajunatapa
Posted by rajunatapa